empunya diri

Kau beri aku kontraksi ventrikular yang pramatang .Suatu Yang Pernah

Kenangan II

Sahabat aku pernah berkata, "Aku tengah bahagia ni walaupun benda ni mungkin sementara". 
Hampir dua bulan ni aku cuba muhasabahkan diri. 

Pertama kali di tinggalkan-- sakit tak tipu. Sedangkan ex tengah berbunga bahagia. Kebodohan aku sampai tahap orang cakap, "Dia tengah berbahagia kau dok sedih kenapa?Pergi la enjoykan diri" dan aku jawab "Dia tipu tuh. Sengaja nak jeleskan aku". Bodoh aku sampai tahap bodoh tahap lebih dari dapat gred F. Padahal Ex memang tengah bahagia yang amat!

Sampaikan bodoh aku tahap, “Dia terpaksa je getback dengan kau dulu sebab kau desak dia” dan aku jawab, “Korang tak kenal dia”. Dan akhirnya kawan aku cakap, “Nak back up dia apa lagi?”.

Ada betulnya kata orang yang pernah kecundang dengan cinta. “Akan pernah jadi bodoh paling bodoh bila bercinta”. Kawan aku ada juga yang kata, “Nanti suatu hari kau akan malu bila ingat balik kebodohan kau ni”.

Mudah. Bila kau syok bercinta sampai tahap tak ingat dunia lepas tuh kau gagal. Kau takkan terfikir semua benda yang kau buat waktu frust tuh bodoh. Masih tunggu dia yang tengah bahagia itu BODOH.

Saat ini kalau kau tanya kalau-kalau dia masih punya cinta dengan aku. Mahukah aku kembali dengan dia? Jawapan aku satu--- TIDAK. Aku masih sayang dia sama macam hari pertama. Tapi aku fikir tentang perasaan orang sekeliling yang masih kisahkan perasaan aku, yang masih mahu menjaga aku, masih pujuk hati aku. Orang-orang itu sudi kutip aku kembali,jahitkan luka aku lagi. Takkan aku mahu pentingkan diri lagi.


Aku tak pernah terfikir nak doakan kau bahagia bekas kekasih. Tak pernah. Kau tak layak untuk merasa nikmat bahagia sebenar kerana kau tak pernah tahu erti BERSYUKUR dan kau tak tahu erti MENGHARGAI.

Kenangan

Tiga belas hari kau tinggalkan aku dan sudah ada pengganti.
Lima hari bulan empat kau lepaskan aku tanpa persetujuan aku.
Dua hari bulan kau sudah tinggalkan aku terpinga-pinga.
Dan peliknya perasaan ini bila mengenangkan dua minggu yang lepas kita mengikat janji akan bersama.
Tiga hari yang lepas sepatutnya monthsarry kita kali ke tujuh. Dan aku punya perancangan mahu mengirimkan hadiah buat kamu yang jauh itu.

Semuanya musnah. Yang ada sisa air mata dan kenangan.


#Pagi tiga belas hari bulan jam 3:58am#

The Tett

Aku lepaskan dua perkara yang membahagiakan. Kerana aku rasa itu tamak.
Aku sambut tangan satu lagi. Bukan di antara dua ini.
Dia, beritahu aku, ‘stand tough without any hope tett’
Aku menjadi semakin mula mahu ambil tahu.
Kamu kata, satu perasaan bila kita sudah berjumpa dengan ‘seseorang’.
Aku senyum. Tapi aku tidak keliru. Aku seolah nampak bayang-bayang yang sudah beri aku bahagia.
Tangan yang aku genggam sekarang, dahi yang sering aku kucup, telinga yang sering mendengar kata aku, mata yang beri aku ketenangan --- itu kamu.
Satu persoalan yang masih berligar-ligar di fikiran aku.
Magis apa yang kamu guna? Aku sudah terlalu jatuh cinta sama kamu.
Setiap magis yang datang seakan buat aku terbang,sama seperti kupu-kupu.
Bangun pagi aku jiwa yang bersama aku itu adalah engkau. Jasad yang berdiri di depan aku itu adalah engkau. Setiap apa yang ada di kepala aku itu adalah engkau. Engkau.

Nota suara yang kamu beri itu aku simpan. Aku ulang aku dengar. Suara itu yang beri aku bahagia.

Mahu berjanji sampai ke syurga itu terlalu agung buat tanda cinta.
Mahu berjanji akan beri kau kebahagiaan itu  hanya di dalam sebuah filem yang tak realiti.
Kerana ini kenyataannya;

Aku sudah terlalu jatuh cinta. Dan engkau adalah penyebabnya. Aku tidak mahu pertaruhkan janji manis dan akhirnya kau menderita. Satu sahaja sayang, teruskan bersama aku. Biar kamu sendiri yang rasa. 


surat cinta buat kamu dari aku.
Hey kamu yang disana.

Mungkin aku datang tiba-tiba hanya untuk menemani waktu saat duka .
Aku ada kalau masih perlukan.
Cuma mungkin tidak sekerap dulu.

KOSONG

Kosong.
Aku belum bersedia nak terima kelainan.
Kita seperti selalu...mahukah kau?
Aku tak minta lebih..aku cuma mahu kita seperti selalu.
boleh kan?

suka

Kalau aku kata suka,maknanya memang aku suka.
Kalau aku dah suka,kau tak boleh buat apa,aku tetap suka.
Tapi bila aku suka,aku jadi over sangat.
Maka,berhenti buat benda yang aku suka.
Apa aku suka?
Entah…

Ada satu benda aku nak cakap tapi tak terluah.
Ada satu benda aku nak buat tapi tak terlakukan.
Ada satu perkara aku nak jelaskan tapi tak kesudahan.
Maka berhentilah.

Aku tipu lagi.
Tak boleh.aku tak boleh hentikan.

Biarlah~

semalam.

semalam.
semalam sebenarnya hati rapuh.
aku nak cerita--tapi aku tak reti.
aku perasan satu tentang aku.
aku tak reti bercerita.--kalau aku ada bercerita dengan kau.
itu untung la kau.

sakit tak boleh cerita tuh sakit macam mana aku tahan stress molinsky tak nak dengar lagu yang aku bukak.dengan line yang jeles tak bagi kami video call.itu sakit sikit.nasib baik semalam dia cantik.



Hate Love Song