empunya diri

Kau beri aku kontraksi ventrikular yang pramatang .Suatu Yang Pernah

asas travelog


Perhentian bas Maharani,Muar.

Keadaan agak tenang berbanding hujung minggu. Menunggu bas jam 5.30 ptg ke Melaka dan sekarang 4.38ptg.
Aku mencapai laptop merah  dalam beg sandang. Berbekalkan lagu bad boy-big bang.ha mesti korang confuse mana satu tajuk lagu,mana satu penyanyi yer.haha.

Seperti biasa aku perhatikan langit.yar.aku cinta sama langit.tak kira siang atau malam. Ditengah Bandar kecil ini,burung2 berterbangan dengan bebas.Udara penuh dengan habuk.Aku berfikir,tak pengsan ke burung2 ni dengan udara seperti ini?
Keadaan sekitar penuh dengan bangunan lama yang masih penuh dengan kedai2. Aku tak tipu,memang dari kecil aku jatuh cinta dengan bangunan lama yang tidak bercat yang sudah dipenuhi dengan lumut. Aku bukan dibesarkan dengan bangunan tinggi2 dan aku juga kurang minat yer dengan bangunan tinggi. Mungkin orang2 sekeliling ku yang duduk sama aku yang sangat suka dengan bangunan tinggi,yang bila di ajak ke kota2 besar seperti Kuala Lumpur akan keriangan suka,tapi aku akan rasa biasa2 sahaja. Lain lah kalau di ajak ke perak atau di mana sahaja kota kecil,aku sangat suka.
Aku memang begitu. Aku ni seorang yang membosankan. Sila lah beredar kalau kamu tak suka.

Ditemani pula dengan lagu part of the list-neyo.
Masih lagi menunggu bas.

Aku duduk seorang. Berani betul kan aku keluarkan ‘sang arjuna’ ni keluar dari beg.kalau dicopek yer dengan si penyamun mahu tak menangis.hish!!selisih betul!

Ini bukan travelog yang gah seperti buku ‘Travelog Rabak’.ini Cuma tulisan biasa2.

Di kota muar ini. Agak terganggu rasa aman dan selamat yer. Bukan apa,Cuma di hentian bas ini sahaja,yang umum sudah maklum dengan sungai muar yang cantik ini. Ingin saja aku lepak di tepi2 sungai ini tapi sudah dipenuhi dengan ‘orang asing’ yang duduk2 di situ.cis!agak bergetus hati aku bila pandang mereka. Yar2 harus disedapkan hati bahawa Negara ini memang suka beri pekerjaan kepada mereka,mereka lebih layak memegang status buruh dan tukang sapu dengan alasan rakyat Malaysia suka memilih pekerjaan.
 Boleh tak korang bayangkan keadaan aku yang sedang duduk di tepi tangga seorang diri sambil bermain laptop.ayu x?haha*tiba2

No comments:

Post a Comment

Hate Love Song