empunya diri

Kau beri aku kontraksi ventrikular yang pramatang .Suatu Yang Pernah

ada batas dalam semua hal


Menemui  sang pagi yang punya embun yang dingin.
Berbumbungkan rumah yang berhadapan jalan utama,
Tentu pagi jadi tidak tentu arah.

Itu semua metafora belaka.

Pernah tak korang baca,terbaca,amik  tahu atau teramik tahu tentang orang sekeliling?
Macam twitter- kita buka twitter orang lain,nak tahu satu hari dia buat apa.Kat mana semua.
Macam facebook- kita usha profile,nak tahu dia dengan siapa semua.
Macam blog- kita nak tahu dia rasa apa,punya apa semua.

Dalam hal ini aku terfikir,setiap kata setiap jari yang menaip aku lupa sesuatu- pemerhati.
Ambil daripada sudut positif. Mereka yang ambil tahu mungkin terambil tahu. Sama ada kau private kan benda tu atau tak masih lagi boleh di baca. Ambil contoh aku je lah. Aku nak tahu tentang sorang ni,dia private itu ini sampai google pun tak boleh baca nama dia. Aku masih cuba akhirnya berjaya.  Atau pun,dia scroll timeline atau pun baca blog,tanpa sengaja terbaca apa yang kau post,maka disitu dia tahu juga kau buat apa dan sebagainya.

Apa yang aku cuba nak katakan,orang nak tahu tentang kita ni mudah je sekarang. Alasan yang membataskan semua benda. 

Dalam erti kita tahu semua benda tentang seseorang,masih ada ruang dimana kita perlu menghormati  air muka,perasaan seseorang.
Berlaku pada aku,mungkin apa aku post ramai yang baca dan tahu apa yang terjadi pada aku. Maka untuk menutup situasi ‘dah tahu semuanya’ melalui pertanyaan. Tapi malangnya,aku cepat baca air muka orang.

Disini cukup aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjaga dan menghormati perasaan dan juga air muka aku. Aku faham kamu inginkan kepastian tapi maaf aku belum ada kekuatan untuk itu. Aku  juga meminta maaf sekiranya aku berahsia,menipu dan lain. Aku mahu menjaga air muka keluarga juga ingin move on. Tak senang nak move on bila diajukan dan didesak dengan pelbagai persoalan. Aku yakin semua orang dah tahu.

Ada satu hal kita lebih senang untuk berdiam diri. Ada satu hal kita senang berterus-terang

No comments:

Post a Comment

Hate Love Song