empunya diri

Kau beri aku kontraksi ventrikular yang pramatang .Suatu Yang Pernah

The Tett

Aku lepaskan dua perkara yang membahagiakan. Kerana aku rasa itu tamak.
Aku sambut tangan satu lagi. Bukan di antara dua ini.
Dia, beritahu aku, ‘stand tough without any hope tett’
Aku menjadi semakin mula mahu ambil tahu.
Kamu kata, satu perasaan bila kita sudah berjumpa dengan ‘seseorang’.
Aku senyum. Tapi aku tidak keliru. Aku seolah nampak bayang-bayang yang sudah beri aku bahagia.
Tangan yang aku genggam sekarang, dahi yang sering aku kucup, telinga yang sering mendengar kata aku, mata yang beri aku ketenangan --- itu kamu.
Satu persoalan yang masih berligar-ligar di fikiran aku.
Magis apa yang kamu guna? Aku sudah terlalu jatuh cinta sama kamu.
Setiap magis yang datang seakan buat aku terbang,sama seperti kupu-kupu.
Bangun pagi aku jiwa yang bersama aku itu adalah engkau. Jasad yang berdiri di depan aku itu adalah engkau. Setiap apa yang ada di kepala aku itu adalah engkau. Engkau.

Nota suara yang kamu beri itu aku simpan. Aku ulang aku dengar. Suara itu yang beri aku bahagia.

Mahu berjanji sampai ke syurga itu terlalu agung buat tanda cinta.
Mahu berjanji akan beri kau kebahagiaan itu  hanya di dalam sebuah filem yang tak realiti.
Kerana ini kenyataannya;

Aku sudah terlalu jatuh cinta. Dan engkau adalah penyebabnya. Aku tidak mahu pertaruhkan janji manis dan akhirnya kau menderita. Satu sahaja sayang, teruskan bersama aku. Biar kamu sendiri yang rasa. 


surat cinta buat kamu dari aku.

No comments:

Post a Comment

Hate Love Song