empunya diri

Kau beri aku kontraksi ventrikular yang pramatang .Suatu Yang Pernah

Kenangan II

Sahabat aku pernah berkata, "Aku tengah bahagia ni walaupun benda ni mungkin sementara". 
Hampir dua bulan ni aku cuba muhasabahkan diri. 

Pertama kali di tinggalkan-- sakit tak tipu. Sedangkan ex tengah berbunga bahagia. Kebodohan aku sampai tahap orang cakap, "Dia tengah berbahagia kau dok sedih kenapa?Pergi la enjoykan diri" dan aku jawab "Dia tipu tuh. Sengaja nak jeleskan aku". Bodoh aku sampai tahap bodoh tahap lebih dari dapat gred F. Padahal Ex memang tengah bahagia yang amat!

Sampaikan bodoh aku tahap, “Dia terpaksa je getback dengan kau dulu sebab kau desak dia” dan aku jawab, “Korang tak kenal dia”. Dan akhirnya kawan aku cakap, “Nak back up dia apa lagi?”.

Ada betulnya kata orang yang pernah kecundang dengan cinta. “Akan pernah jadi bodoh paling bodoh bila bercinta”. Kawan aku ada juga yang kata, “Nanti suatu hari kau akan malu bila ingat balik kebodohan kau ni”.

Mudah. Bila kau syok bercinta sampai tahap tak ingat dunia lepas tuh kau gagal. Kau takkan terfikir semua benda yang kau buat waktu frust tuh bodoh. Masih tunggu dia yang tengah bahagia itu BODOH.

Saat ini kalau kau tanya kalau-kalau dia masih punya cinta dengan aku. Mahukah aku kembali dengan dia? Jawapan aku satu--- TIDAK. Aku masih sayang dia sama macam hari pertama. Tapi aku fikir tentang perasaan orang sekeliling yang masih kisahkan perasaan aku, yang masih mahu menjaga aku, masih pujuk hati aku. Orang-orang itu sudi kutip aku kembali,jahitkan luka aku lagi. Takkan aku mahu pentingkan diri lagi.


Aku tak pernah terfikir nak doakan kau bahagia bekas kekasih. Tak pernah. Kau tak layak untuk merasa nikmat bahagia sebenar kerana kau tak pernah tahu erti BERSYUKUR dan kau tak tahu erti MENGHARGAI.

No comments:

Post a Comment

Hate Love Song